Friday, 14 August 2015

TRIAL SIJIL MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN [SMTQ]'15


Peperiksaan Percubaan Tahriri (bertulis) Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran telah berlansung selama 10 hari dari 10 hingga 20 Ogos 2015. Pada tahun ini, calon-calon SMTQ terdiri daripada ahli Generasi 7 MTAQA. Pihak kami berharap jasa baik anda untuk mendoakan kami semua diberkati oleh Yang Maha Pemurah yakni Allah S.W.T...

Like Fb : Generation 7 of MTAQA

JAMUAN PULUT DURIAN PERDANA MTAQA 2015


MTAQA menutup tirai Syawal dengan Jamuan Pulut Durian. Ianya seolah – olah meraikan kemenangan kali kedua dalam memerangi hawa nafsu kerana dapat menyahut seruan Baginda S.A.W dalam berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal selepas kemenangan yang pertama di bulan Ramadhan.



Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal itu seumpama berpuasa setahun penuh.
Badan Dakwah MTAQA telah menyusun jadual berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu selepas Majlis Sambutan Hari Raya baru – baru ini dan semoga dengan penyusunan ini semua pelajar MTAQA dapat mencukupkan enam hari puasa mereka di bulan Syawal ini.

Sebanyak dua buah pacuan Hilux digunakan pada pagi ini untuk mengangkut buah durian dari Jeli. Semua buah durian ini merupakan sumbangan daripada penyumbang yang bermurah hati dan beliau merupakan bapa kepada bekas pelajar MTAQA. Terima kasih kepada penyumbang dan semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepada tuan dan sekeluarga.
Berlabuhnya Syawal 1436 Hijri hari ini dengan pulangnya pelajar ke rumah masing – masing. Seperti yang diberitahu sebelum ini, Tuan Mudir telah memberi keizinan untuk para pelajar pulang bagi meluangkan masa bersama dengan keluarga memandangkan sesi persekolahan kali ini amat panjang.
Semoga para pelajar dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga dan tidak lupa juga kepada ibu bapa agar memantau anak-anak supaya tidak lupa untuk mengulang hafalan Al-Quran.
**Jika ada yang ingin menyumbang lagi buah durian atau yang seumpamanya, boleh terus maklumkan ke inbox page MTAQA.

MAJLIS PERPISAHAN AL-FADHIL USTAZ SOBRI


Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan…

Pada tanggal 6 Ogos 2015, satu majlis ringkas Sempena Perpisahan Ustaz Sobri berjaya diaturkan dengan baik di masjid MTAQA.
Ustaz Sobri merupakan tenaga pengajar sementara yang menggantikan Ustaz Rozali yang terpaksa bercuti sakit akibat kemalangan tempoh hari.
Ustaz Sobri mula berkhidmat pada awal Mac tahun ini dan sudah banyak ilmu, dan bakti yang dicurahkan kepada para pelajar mahupun para pengajar di sini.
Walaupun tempoh Ustaz Sobri bersama warga MTAQA adalah suatu tempoh yang tidak panjang, tetapi sudah banyak kenangan dan detik indah yang sudah kami dapat simpan untuk dipotretkan sebagai kenangan.
Warga MTAQA ingin mengucapkan beribu – ribu terima kasih atas jasa dan bakti Ustaz Sobri sepanjang tempoh Ustaz Sobri berada di MTAQA. Sungguh, jasa itu tiada harga yang layak untuknya kerana ianya sesuatu yang tidak ternilai.
Hanya Allah yang dapat membalaa jasa baik Ustaz Sobri dan memori warga MTAQA bersama Ustaz Sobri insyaAllah tetap wujud dalam memori, tersimpan rapi.
Jikalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Jikalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita berjumpa lagi.

Gambar selebihnya boleh dilihat di SINI.

SAMBUTAN HARI RAYA ‘AIDULFITRI PERINGKAT MTAQA 1436H/2015M



Pada 15 Julai yang lalu, bersamaan dengan Hari Raya ke Enam (6 Syawal 1436H), pihak MTAQA telah berjaya mengadakan satu satu sambutan Hari Raya Aidulfitri di peringkat MTAQA. Semua pelajar telah disarankan awal – awal lagi sebelum cuti raya untuk masing – masing membawa juadah raya. Juadah raya ini akan dikumpulkan sebagai hidangan untuk santapan majlis ini nanti. Ala – ala potluck kalau diikutkan Bahasa Inggerisnya.

Alhamdulillah, majlis pada hari tersebut berjalan dengan meriah dan semuanya berjalan dengan lancar. Biarpun juadah utama pada hari tersebut yang merupakan satay dan nasi himpit lambat sikit sampai, tetapi majlis tetap meriah dan suasana raya masih lagi belum hilang dalam kalangan pelajar serta para murabbi. Para guru dan pelajar diwajibkan untuk memakai pakaian raya supaya aura dan suasana hari raya itu masih lagi wujud biarpun ianya hanya disambut di sekolah.

Pihak sekolah berharap yang program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar serta mengeratkan juga hubungan sesama pelajar itu sendiri. Masih jelas lagi di riak wajah para pelajar yang masih lagi belum puas untuk beraya bersama dengan sanak keluarga di rumah. Tetapi, apakan daya… mereka terpaksa datang pada hari Hari Raya Kelima untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka.

Album Hari Raya 2015 boleh diklik di SINI...

Wednesday, 10 June 2015

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI MUHD NASRUDIN SAUFI



وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan" 
Ayat 11 :Surah Al-Munafiqun

Antara nasihat al-marhum Ust Nasruddin dlm kelas tallaqi, baca Quran kena senyum... Org yg baca Quran slalu..wajah dia akan manis sbb senyum slalu...


Tuesday, 2 December 2014

MAJLIS JAMUAN AL HAFIZ & ANUGERAH MITHALI 2014



Majlis Jamuan Al Hafiz akan berlansung seperti berikut :-

     Hari        : Sabtu
     Tarikh    : 6 Disember 2014
     Tempat  : Bilik Seminar & Maktabah

Thursday, 18 September 2014

KEMBARA HUFFAZ 2.0


GURU PENGIRING :-

  • USTAZ MOHD FIRDAUS RAMLI (PENGERUSI)
  • USTAZ MUHD HANIF ARAZMI
  • USTAZ MOHD HAMDI MOHD RAMLI
  • USTAZ MUHD AFIZUL MOHD SUHIMI
  • USTAZ MOHD ASYRAF MOHD ANUAR
  • USTAZ MUHD HAFISZIE IDRUS
  • MOHD ZURAIDY HASSAN (PENYELIA ASRAMA)

USTAZ KHAIRULEFFENDI


TRANSLATE